«

»

Jul 20

Contoh Ucapan Program Juruacara Majlis

Terdapat peningkatan dalam aliran trafik web permintaan untuk contoh ucapan juruacara majlis (MC) ketika sesuatu majlis dijalankan. Berdasarkan permintaan tersebut, disini kami sediakan satu contoh ucapan perasmian yang digunakan oleh MC ketika program Bicara Jemari berlangsung.

______________________________________________________________

Yang berusaha Puan Hajah Zanariah Binti Haji Ibrahim, pengetua SMKSAS,

Yang dihormati Puan Hajah Norazni binti Haji Othman, penolong kanan pentadbiran,

Encik Soo Choon Yong, penolong kanan HEM,

Encik Ibrahim Bin Piut, penolong kanan kokurikulum,

Puan Low swee one , penolong kanan pendidikan khas,

Barisan ketua bidang, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Bersyukur kita kepada tuhan pada pagi ini kita dapat mengadakan satu lagi program sempena minggu pendidikan khas Intergrasi sekolah ini iaitu program bicara jemari. Program ini bertujuan untuk mewujudkan intergrasi antara murid-murid pendidikan khas dengan murid–murid aliran perdana serta memahami keadaan dan keperluan murid pendidikan khas di sekolah ini.

Untuk makluman semua guru dan murid-murid lain,

Program pendidikan khas integrasi di sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1978. Pada tahun ini terdapat seramai 34 orang murid iaitu seramai 12 orang murid tingkatan 1, 13 orang murid tingkatan 2 dan 9 orang murid tingkatan 3 dan merupakan calon PMR pada tahun ini.semua murid pendidikan khas intergrasi mengikuti sukatan pelajaran yang sama dengan aliran perdana. Tanggungjawab untuk mendidik semua murid ini dijalankan oleh seramai 7 orang guru pendidikan khas serta dibantu oleh 3 orang pembantu pengurusan murid.

Sepanjang minggu program bicara jemari ini terdapat banyak aktiviti yang sudah diaturkan dan aktiviti ini khas untuk semua murid serta guru.semua murid dan guru berpeluang untuk  belajar bahasa isyarat yang akan dijalankan pada pagi selasa dan jumaat semasa perhimpunan pagi dijalankan. Kuiz bahasa isyarat akan diadakan pada pagi jumaat di tapak perhimpunan dan terdapat hadiah istimewa menanti anda.

Aktiviti seterusnya ialah jualan makanan dan minuman yang akan diadakan pada hari khamis di kantin sekolah pada waktu rehat. Diharapkan aktiviti ini mendapat sokongan daripada semua guru dan murid.

Pada hari rabu akan diadakan pertandingan permainan tradisional iaitu congkak, batu seremban dan jentik penutup botol.aktiviti ini dijalankan pada waktu rehat dan kepada sesiapa yang berminat hendaklah memberi nama kepada guru pendidikan khas.

Pada hari jumaat akan diadakan kuiz bahasa isyarat dan hadiah disediakan untuk para pemenang.

Tanpa melengahkan masa majlis diteruskan lagi dengan acara perasmian program bicara jemari ini dengan ini majlis mempersilakan pengetua SMKSAS Puan Hajjah Zanariah binti Haji Ibrahim dengan diiringi oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan Low Swee One untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program bicara jemari ini.

Sekali lagi diminta Puan Hajah Zanariah binti Haji Ibrahim dengan diiringi Puan Low swee One untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi aktiviti – aktiviti yang telah dipertandingkan di peringkat daerah dan negeri.

Bagi Kejohanan Renang peringkat daerah dimenangi oleh:

1.Muhammad Syazwan Muhammad Shukri dari tingkatan 2k1

2.Izzat iskandar Ikhsan 2k2

3.Sahira Qistina Tan Mohd Alwee Tan 2k1

Bagi pertandingan Boling PPKI  peringkat daerah dimenangi oleh:

1.Nurul Fatihah Mawwadah Aidil Adzar bt Mohd Nasir ( tempat keempat kategori perempuan menegah)

Bagi pertandingan petanque  dan olahraga peringkat daerah dimenangi oleh:

1.Khor Shi Liung (petanque -       ,lompat tinggi (johan)

Bagi pertandingan bola jaring peringkat daerah kumpulan PPKI SMKSAS mendapat tempat ketiga diminta ketua kumpulan untuk mengambil hadiah  dipersilakan Nur Balqis Binti Kusnin.

Manakala bagi pertandingan futsal mendapat tempat ketiga diminta ketua kumpulan untuk wakil mengambil hadiah dipersilakan Mohd Syazwan

Bagi Pertandingan  MTQ Peringkat Daerah bercerita kisah nabi bagi kategori pelajar lelaki , tempat ketiga pertandingan bercerita kisah nabi dimenangi oleh IZZAT ISKANDAR BIN IKHSAN, tempat kedua MOHD ARDIAN WIRA MOHD KAMAL  dan tempat pertama MEGAT ARIF ILMAN BIN ISNIN

Kategori pelajar perempuan tempat ketiga  dimenangi oleh SAHIRA QISTINA TAN  BT MOHD ALWEE TAN, tempat kedua NORHALIMATUN SAADIAH BT AHMAD dan tempat pertama NURBALQIS BT MOHD KUSNI

Bagi pertandingan tulisan khat kategori lelaki tempat ketiga dimenangi oleh ZAKI BIN AMRAN, tempat kedua MOHD EFFIZUL HAZEEF KHALIFI  dan tempat pertama MOHD ARDIAN WIRA MOHD KAMAL

Kategori perempuan tempat ketiga dimenangi oleh NORHALIMATUN SAADIAH BT AHMAD  ,tempat kedua CHIANG KAH KEI dan tempat pertama NORISKA PUTRI NASRULLOH BT ABDULLOH

Bagi Pertandingan  MTQ Peringkat Negeri bercerita kisah nabi bagi kategori pelajar lelaki , tempat ketiga dimenangi oleh  MEGAT ARIF ILMAN BIN ISNIN

Kategori pelajar perempuan tempat kedua  dimenangi oleh NURBALQIS BT MOHD KUSNI

Bagi pertandingan tulisan khat kategori lelaki tempat ketiga dimenangi oleh  MOHD ARDIAN WIRA MOHD KAMAL

Terima kasih Puan Hajah Zanariah kerana sudi merasmikan program bicara jemari ini dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Seterusnya marilah kita saksikan persembahan koir dengan lagu baik-baik sayang daripada murid-murid pendidikan khas dibawah pimpinan guru-guru praktikum.

Terima kasih di atas persembahan itu tadi.

Diharapkan dengan terlaksananya program bicara jemari ini dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk menyertai aktiviti yang dirancangkan dan secara tidak langsung dapat mewujudkan intergrasi antara murid-murid pendidikan khas serta murid-murid tipikal dan seterusnya melahirkan perasaan kasih sayang antara semua warga sekolah.sekian terima kasih.

ps:// Kami akan mempertimbangkan untuk memuat naik contoh-contoh ucapan perasmian dan penutup beberapa program lain yang kami jalankan jika terdapat peningkatan trafik web yang ketara untuk pos ini.

 

Comments

1 comment

  1. U.S.A

    Is Is it ok if I copy your entry in part,I will reference back to your website?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>